PENGGUNAAN KAEDAH TITIK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB

DOI: https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.699

Author (s)


(1) * Nur Aniza Elias   (SRA JAIM Selandar, Selandar, Melaka)  
        Indonesia
(2)  Roslinda Rosli   (Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia)  
        Indonesia
(*) Corresponding Author

Abstract


Konsep pendaraban merupakan antara konsep asas yang paling penting dalam mata pelajaran matematik dan perlu dikuasai oleh semua murid sejak di sekolah rendah. Namun, kebanyakan  murid  tidak  memahami  bagaimana  proses  pendaraban  berlaku  dan  yang  paling sukar ialah kerana mereka tidak menghafal sifir. Justeru, satu kaedah baru diperkenalkan bagi membantu murid meningkatkan kemahiran mendarab disamping dapat menguasai fakta asas darab dengan lebih baik. Lapan orang murid tahun empat telah dipilih sebagai sampel kajian adalah dari sebuah sekolah di daerah Jasin, Melaka. Kesemua sampel adalah terdiri daripada murid yang lemah dalam pendaraban. Tinjauan awal melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan rujukan dokumen telah dilakukan pengkaji sebelum memperkenalkan kaedah titik. Sebanyak lapan kali intervensi kaedah titik selama setengah jam telah dijalankan. Data  dikumpulkan  melalui  ujian  pra, ujian  pasca dan menggunakan senarai semak pemerhatian. Hasil analisis  data statistik mendapati  bahawa  hampir  kesemua  sampel menunjukkan  peningkatan  markah  dalam  ujian  pasca. Keputusan penyelidikan menunjukkan  bahawa Kaedah Titik sangat berkesan sebagai kaedah alternatif untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dan juga dapat meningkatkan keyakinan murid ketika menjawab soalan pendaraban.



Keywords

Pendaraban; Kaedah titik



Full Text: PDF



References


Ahmad, N. (2014). Mengintergrasi teknologi komunikasi dan maklumat sebagai media pengajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak awal umur. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (JPBM), 4, 36–43.

Aida Ibrahim. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab melaluiPendekatan Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 , 1-13.

Bahagian Pendidikan Guru. (2002). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan Untuk Maktab/Institut Perguruan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Azura Ishak, Mohamad Hasan Selamat, & Bahaman Abu Samah. (2009). Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko. Jurnal Teknologi Maklumat Dan Multimedia, 5, 79–89.

Chan Yaw Jong.(2011). Penggunaan Kotak Ajaib dan “lattice” dalam meningkatkan penguasaan pendarban murid tahun lima. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan. IPG Kampus Batu Lintang.

Faddreen Jingan. (2006). Menguasai Fakta Asas Sifir Darab Dengan Kaedah Mudah Sifir dalam Prosiding Seminar Kajian Penyelidikan Pendidikan 2006 .Diterbitkan oleh Institut PerguruanTun Abdul Razak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 10-16.

H. Bin, & Sivasubramaniam, P. (2010). Addition of whole numbers with regrouping using the “Soroban.” Procedia - Social and Behavioral Sciences, 8(5), 50–56. http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.12.007.

Hassan, J., & Aziz, N. A. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi minat terhadap matematik di kalangan pelajar sekolah menengah. Unspecified, (1979). Retrieved from http://eprints.utm.my/11972/

Mahpop, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) (Edisi Pela). Putrajaya.

Mohamed, A., Mustafa, M., Lazim, A., & Hamdan, A. M. (2012). The factors influence students ’ achievement in mathematics : A case for Libyan ’ s students. World Applied Sciences Journal, 17(9), 1224–1230.

Moidunny, K. (2013). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian. 29 July 2013, 3, 71–80.

Ngasiman, N. (2013). Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Matematik. Journal of Chemical Information and Modeling, 53(9), 1689–1699. http://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004.

Yahya, B., & Lailinanita, L. (2011). Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 6(June), 1–8.


Article View

Abstract views : 657 times | PDF files viewed : 1279 times

Dimensions, PlumX, and Google Scholar Metrics

10.21070/picecrs.v1i1.699


Refbacks

  • There are currently no refbacks.




Copyright (c) 2017 Proceedings of the ICECRS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.