MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMODIFIKASIKAN KARANGAN JENIS KEPERIHALAN KEPADA LAPORAN MENGGUNAKAN TEKNIK PENJELMAAN

DOI: https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.654

Author (s)


(1) * G Nagarajan A/L Gunaseraran   (Kementerian Pendidikan Malaysia)  
        Malaysia
(*) Corresponding Author

Abstract


Penulisan karangan merupakan suatu komponen penilaian yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan pencapaian prestasi seseorang pelajar dalam subjek bahasa Melayu. Disebabkan penguasaan penulisan karangan menjadi aspek yang sangat dominan dalam bahasa Melayu, maka kajian mengenai penguasaan kemahiran menulis sebelum ini sangat terikat dengan penganalisisan penggunaan unsur-unsur tatabahasa seperti kesalahan ejaan, kesalahan struktur ayat dan kesalahan-kesalahan umum tatabahasa yang lain serta aplikasi gaya bahasa yang merupakan satu cabaran bahasa yang terbesar dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar ‘MESRA BELAJAR’ (slow learners). Kemahiran menulis karangan tidak dapat dikuasai dengan lebih efisien sekiranya bidang ini hanya dilihat dan dinilai daripada skop yang lebih besar dan luas untuk diamalkan oleh para pelajar sekolah rendah tanpa diberi keyakinan diri kepada mereka bahawa kemahiran menulis dapat dikuasai juga dengan menggunakan beberapa teknik efektif walaupun bidang ini dikatakan kompleks. Dengan kesedaran terhadap hakikat tersebut, kajian ini cuba menjelaskan langkah yang pragmatik untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis keperihalan dan laporan berdasarkan satu frame yang telah diselaraskan untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelajar. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Data diperoleh dengan cara pemerhatian dan analisis dokumen. Seramai 20 orang pelajar dan seorang guru di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil terpilih telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra. Hasil kajian memperlihat pelajar ‘Mesra Belajar’ masih tidak dapat menulis karangan jenis keperihalan dan laporan tidak lebih daripada 3 ayat disebabkan tidak dapat menyusun dan mengolah idea mengikut sesuatu frame tertentu. Perancangan kajian difokuskan kepada para responden supaya dapat mengenal pasti dan membezakan karangan jenis keperihalan dan karangan jenis laporan serta menghasilkannya. Hasil kajian juga menunjukkan teknik yang digunakan iaitu teknik penjelmaan dapat memberi impak yang sangat positif dalam meningkatkan kemahiran memodifikasikan karangan jenis keperihalan yang dihasilkan kepada laporan sekurang-kurangnya dalam 12 ayat ringkas. Penemuan ini membuktikan bahawa kajian sintaksis yang dijalankan secara empirikal dan saintifik mampu meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis keperihalan dan laporan dalam kalangan pelajar ‘Mesra Belajar’ yang umumnya dipinggirkan selalu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta yang terpinggir automatik daripada sistem penilaian kebangsaan.


Keywords

Karangan jenis keperihalan dan laporan; penguasaan; teknik penjelmaan; memodifikasikan; mesra belajar



Full Text: PDF



References


Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Abdul Aziz Talib. (1989). Pengajaran dan pengujian bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Hamid Ahmad. (1998). Persepsi dan kepercayaan guru dan pelajar terhadap karangan berkualiti. Disertasi untuk sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran bahasa Malaysia di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor. Tesis Master. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Abdul Shukor Shaari. (2001). Penulisan karangan: Beberapa proses yang harus. Dewan Bahasa. Februari, 1 (2): 24-27.

Ahmad Khair Mohd. Nor. (2005). Menulis membina keterampilan berfikir. Pelita Bahasa. Julai, 18 (7): 12-14.

Asmah Haji Omar. (1992). Kajian dan perkembangan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Catherine C Lewis. (2011). Lesson study step by step. Portsmouth NH. Heinemann Publications.

Ellis, R. (1994). The study of second language acquisition. Oxford: Oxford University Press.

Ganda Sari Chokri. Rafidah Abdul Razak (2013). Pembinaan pakej pengajaran imbuhan secara berkesan. Pusat Bahasa Melayu Singapura: Kementerian Pendidikan Singapura.

Jon Saphier. Mary Ann Haley-Speca. Rovert Gower (2008). The skillful Teacher. 6th Edition. Acton, MA. Research For Better Teaching,Inc.

Marohaini Yusoff. (2004). Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan UM.

Supian Mohamad Noor. (1994). Analisis kesalahan penggunaan frasa kerja bahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan empat KBSM: satu kajian kes. (Tesis sarjana yang tidak diterbitkan). Serdang: Universiti Putra Malaysia.


Article View

Abstract views : 255 times | PDF files viewed : 666 times

Dimensions, PlumX, and Google Scholar Metrics

10.21070/picecrs.v1i1.654


Refbacks

  • There are currently no refbacks.




Copyright (c) 2017 Proceedings of the ICECRS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.