MENCARI TITIK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM NOVEL DAN FILEM POPULAR MELAYU

DOI: https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.653

Author (s)


(1) * Mohamad Azmi Ab. Rahman   (Universiti Utara Malaysia)  
        Malaysia
(2)  Phat A/L Awang Deng   (Universiti Utara Malaysia)  
        Malaysia
(*) Corresponding Author

Abstract


Karya kreatif bukan dihasilkan dari ruang kekosongan. Setiap satunya mempunyai asas dan merakamkan detik hati penciptanya untuk memperkatakan ‘sesuatu’ yang melingkari kehidupan manusia. Suatu realiti yang dekat dengan diri, masyarakat, dan persekitaran kerap kali digarapkan untuk memaparkan nilai atau persoalan kemanusiaan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan memperkatakan tentang kandungan atau tema dan persoalan yang dipaparkan dalam dua genre kreatif, iaitu novel dan filem yang masing-masing mendapat perhatian yang tinggi daripada khalayak pembaca, dan penonton. Untuk tujuan ini, novel popular yang diulang cetak 27 kali, Ombak Rindu (Fauziah Ashari,2012) dan filem dengan judul yang sama, “Ombak Rindu” dijadikan bahan penelitian tentang unsur persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua media itu; bercetak dan audio-video-visual (AVV). Selain itu, teks novel apabila dipindahkan atau ditransformasikan kepada filem, berlaku sama ada pengekalan, pengguguran, penambahan, pengubahsuaian atau pengekalan naratif, watak dan perwatakan, dialog, latar dan sebagainya. Namun yang dikekalkan ialah tema dan persoalan cinta yang pastinya menjadi popular dalam kalangan pembaca novel dan penonton filem Melayu khasnya.



Keywords

cinta; kepopularan; novel popular; filem Melayu



Full Text: PDF



References


A. Teeuw. (1995). Sastera dan ilmu sastera: Pengantar teori sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ali Atan. (2011,11 Disember). Ombak Rindu tragedi murahan. Mingguan Malaysia (Pancaindera), hlm. 12.

Forster, E. M. (1979). Aspek-aspek novel. (Terj. Dewan Bahasa dan Pustaka). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fauziah Ashari. (2012). Ombak Rindu. Shah Alam: Alaf 21@ Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Maizura Mohd Ederis. (2013). Karya sastera dalam kandungan kreatif filem

dan televisyen tempatan. Dlm. Prosiding Seminar Kebangsaan Pelajaran Kesusasteraan dalam PendidikanNegara 2013, 21 Disember 2013, hlm. 170-187. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia,

Misran Rokimin. (2013). Dunia gelap wanita sukar melahirkan kepimpinan wanita: Penelitian dalam novel Ombak Rindu. Dlm. Misran Rokimin (pnylr.). Kritikan sastera remaja: Teori dan aplikasi, hlm. 15-26. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,

Mohd. Rasdan Ahmad (2011, 18 Disember). “Babak ranjang penting – Osman Ali” Dicapai daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=hiburan&pg=hi_12.htm

Ombak Rindu tragedi murahan. (2011).Dicapai daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.arkib 11 Disember 2011.

Osman Ali, (Penerbit). (2011). Ombak rindu [filem]. Kuala Lumpur: Tarantella Pictures &Nusantara Films Sdn. Bhd.

Ombak rindu (DVD). Diedarkan dan hak cipta Dallas Entertaintment Ptd. Ltd.

Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan. (2012). Dipetik daripada http://ms. wikipedia.org/wiki/ Senarai_filem_Malaysia_berdasarkan_kutipan.

Sohaimi Abdul Aziz. (2011). Laskar Pelangi: Satu Penelitian Adaptasi Novel ke Filem (Laskar pelangi: A close study of the adaptation of novel to filem). Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities, 18 (1), 35-52.

Sohaimi Abdul Aziz. (2014). Dahsyatnya kesusasteraan memerihalkan kehidupan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Wan Hasmah Wan Teh. (2013). Daripada kertas kepada layar: Tranformasi kisah Hang Tuah daripada Hikayat Hang Tuah dan Sulalat al-Salatin kepada “Puteri Gunung Ledang”. Dlm. Halimah Mohamed Ali & Mohamad

Luthfi, (Eds.) Sastera dalam budaya dan media, hlm. 266-267. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.


Article View

Abstract views : 417 times | PDF files viewed : 521 times

Dimensions, PlumX, and Google Scholar Metrics

10.21070/picecrs.v1i1.653


Refbacks

  • There are currently no refbacks.




Copyright (c) 2017 Proceedings of the ICECRS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.