FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN VLE FROG DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH

DOI: https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.645

Author (s)


(1) * Nor Zaira Razali   (Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden,UniversitiUtara Malaysia)  
        Malaysia
(2)  Zolkefli Bahador   (Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden,UniversitiUtara Malaysia)  
        Malaysia
(3)  Mohd Kasri Saidon   (Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden,UniversitiUtara Malaysia)  
        Malaysia
(*) Corresponding Author

Abstract


Perkembangan pendidikan pada hari ini telah berubah seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Kaedah penyampaian telah berubah dari kaedah tradisional berpusatkan guru kepada kaedah berasaskan laman web atau atas talian. Kementerian Pendidikan sedar akan perkembangan ini dan telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan matlamat memanfaatkan ICT dalam pengajaran guru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Virtual Learning Environment (VLE) Frog dalam kalangan guru di sekolah menengah. Kajian secara kuantitatif ini melibatkan seramai 66 orang guru sebagai responden. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Pengujian bagi hipotesis kajian telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pengujian Korelasi Pearson, ANOVA dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran ICT guru dan tahap kemudahan ICT yang terdapat di sekolah adalah rendah. Di samping itu, kajian juga mendapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara kemahiran ICT guru dan kemudahan ICT dengan tahap penggunaan VLE Frog dalam kalangan guru. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa kemahiran ICT guru dan kemudahan ICT merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi penggunaan VLE Frog dalam kalangan guru di sekolah menengah. Bagi menjayakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menjadikan VLE Frog sebagai satu transformasi dalam pendidikan alaf baru, penyelidik telah mencadangkan beberapa perkara untuk tindakan pihak KPM sendiri dan pihak pentadbir sekolah di mana, pemantauan yang berterusan oleh kedua-dua pihak ini dapat meningkatkan pengaplikasian VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran seluruh warga sekolah di Malaysia.



Keywords

VLE Frog; Kemahiran ICT guru; Kemudahan ICT



Full Text: PDF



References


Abdul Razak Habib & Jamaluddin Badusah (1998). Penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Dicapai pada 10 November, 2015, daripada http://www.penerbit.ukm.my/jpend23-4.html

Aman Shah (2013). Persepsi guru terhadap pengintegrasian frog vle dalam proses pengajaran dan pembelajaran.SK Bandar Utama Damansara (4), Petaling Jaya, Selangor.

Balakrishnan, M. (2002). Penggunaan komputer oleh guru pelatih: Dahulu, sekarang dan harapan masa depan. Seminar teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan, MPBL.

Chin, S. F. (1993). Tahap literasi komputer oleh guru-guru ketukangan di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah. Tesis UTM.

Ida Norini (2013). Kajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan konsep persekitaran pengajaran maya frog (frog vle) di kalangan murid SK Haji Mahmud Chemor, Perak. Dicapai pada 30 November, 2015, dari http://www.slideshare.net/idanorinimahamadtajudin/kajian-tinjauan-frog-vle-28699193

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Pelan strategik interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2020. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). 1BestariNet. Dicapai pada 20 November, 2015 daripada http://1Bestari.net/.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement. 30: 608.

Moersch, C. (2001). Next steps: Using LoTI as a research tool. Learning and leading with technology, 29(3). Dicapai pada 20 Oktober, 2015, daripada http://www.isteorg/L&L/index.html

Mohamed Noor, H. (2001). Cabaran pembelajaran melalui IT: e-learning dalam Ahmad Zaharudin Idrus. Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Transformasi dan Cabaran UTM, Skudai, Johor. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Mohd Aizuddin (2013). Peningkatan profesionalisma dalam penggunaan frog vle. Dicapai pada 20 Oktober, 2015, pada daripada http://www.slideshare.net/aizuddinbakar/

Morton, A. (1996). Integrating computers across the secondary school curriculum: The western sydney experience. Dicapai pada 15 November, 2015, daripada http://www.spirit.net.au/ACE96/papers/mouton.htm

Noraini Mohd Noh, Mohd Arif Ismail & Jamil Ahmad (2010). Tahap penerimaan inovasi eduwebTV dalam kalangan Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 3(5): 118-128.

Norazilawati Abdullah, Noraini Mohamed Noh, Nik Azmah Nik Yusuff & Rosnidar Mansoroleh (2013). Aplikasi persekitaran pengajaran maya (frog vle) dalam kalangan guru sains. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 3(2), 63-76.

Nurul Farhana Junus (2013). Cabaran dalam mengimplementasi virtual learning environment (VLE) Frog dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru di sekolah-sekolah di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia.

Rogers, E.M. (1983). Diffusion of Innovations (3th edition). New York: The Free Press.

Rossafri Mohamad & Shabariah Mohamad Shariff (2011). Kesan penggunaan laman sosial ke atas kaedah perbincangan di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(1): 75-80.

Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam (2011). Tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 25-34

Siti Aminah Khasiman (2013). Tinjauan awal penggunaan frog vle di sekolah. Dicapai pada 20 Oktober, 2015, daripada http://sekolahpenandaaras.wordpress.com.

Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah (2011). Media baharu yang baharu: Trend penggunaan jaringan sosial dalam kalangan pengguna di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 13(2), 93-110.

Tajul Ariffin (1997). Pendidikan sepadu: Etika, moral & nilai. Fakulti Pendidikan: Penerbitan UKM. Utusan Online (2015). Dicapai pada 22 Oktober, 2015 daripada

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jerebu-guru-disaran-guna-vle-teruskan-pdp-1.149202

Yusof Boon & Sani Ngatimin (2011). Penggunaan makmal komputer dalam kalangan guru-guru di sekolah kebangsaan zon Jementah, daerah Segamat dalam pengajaran dan pembelajaran: Satu tinjauan. Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational, 3, 132-147.


Article View

Abstract views : 2770 times | PDF files viewed : 4641 times

Dimensions, PlumX, and Google Scholar Metrics

10.21070/picecrs.v1i1.645


Refbacks

  • There are currently no refbacks.




Copyright (c) 2017 Proceedings of the ICECRS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.