TINGKAH LAKU DAN PROSES SEMASA MENULIS KARANGAN RESPONS TERBUKA MURID BERPRESTASI RENDAH

DOI: https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.637

Author (s)


(1) * Abdul Ghani Jalil   (Universiti Utara Malaysia)  
        Malaysia
(*) Corresponding Author

Abstract


Kajian ini bertujuan menganalisis tingkah laku dan proses  semasa menulis karangan respons terbuka serta menjelaskan persamaan dan perbezaan tingkah laku dalam kalangan murid tingkatan dua berprestasi rendah mengikut gender (lelaki dan perempuan). Informan kajian  terdiri daripada enam orang murid tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Kedah. Sumber data diperoleh daripada pemerhatian, temu bual dan bukti dokumen. Kajian ini berlandaskan Model Proses Mengarang daripada Flower dan Hayes (1981). Dapatan kajian proses menulis karangan mendapati pada penggal pertama, guru hanya memberi bimbingan pada peringkat pramenulis. Manakala, peringkat proses menulis, murid tidak dibimbing oleh guru sepenuhnya. Dalam proses menulis penggal kedua, murid tidak mendapat bimbingan sepenuhnya pada peringkat pramenulis dan proses menulis. Dapatan kajian persamaan dan perbezaan tingkah laku memperlihatkan bahawa  murid lelaki menunjukkan tingkah laku bermasalah berbanding dengan murid perempuan. Secara keseluruhannya, didapati hasil penulisan karangan respons terbuka dalam kalangan murid lelaki dan perempuan berprestasi rendah menunjukkan hasil penulisan karangan yang lemah. Kajian ini penting untuk memberi pengetahuan yang lebih mendalam tentang proses menulis karangan dan tingkah laku semasa pengajaran penulisan karangan dijalankan. Kajian ini signifikan kepada pengkaji, pihak sekolah, pihak Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memikirkan penekanan yang perlu diberi perhatian dan tumpuan dalam kursus-kursus yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu.Dengan itu guru digalakkan menyebati kemahiran berfikir kreatif dalam pembelajaran dan pengajaran karangan respons terbuka dengan memberi penekanan kepada aspek kreatif (kelancaran, kelenturan, keaslian dan penghuraian) tanpa mengambil kira sama ada murid berminat atau sebaliknya.

 



Keywords

Tingkah Laku; Proses Menulis; Karangan Respons Terbuka



Full Text: PDF



References


Che Zanariah Che Hassan,& Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(5), 67 - 68.

Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof, & Raja Mohd. Fauzi Raja Musa. (2001). Masalah penulisan naratif di kalangan pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan, 1(27), 3-26.

Goleman, D. (1995). Emotional intelligence. New York: Bantam Books.

Mercer, C.D., & Mercer, A. R. (1998). Teaching student with learning problem (5thed.). New Jersey: U.S.A. Prentice-Hall, Inc.

Sulaiman Masri (1990). Penulisan berita dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tomlinson, C.A., & Mctighe, J. (2006). Integrating differentiated instruction and understanding by design. Alexandria: Association for Supervision and Curriculum Develpoment.

Yahya & Maszuraimah. (2013). Aplikasi strategi kesedaran meta-kognitif semasa membaca teks moden dan klasik dalam kalangan murid prauniversiti. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(1), 61-71.

Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. (2009).Laporan Prestasi PMR 2009. Kedah.

Unit Peperiksaan SM1. (2009). Laporan Penilaian Menengah Rendah. SMK Pokok Sena, Kedah.

Unit Peperiksaan SM2. (2009). Laporan Penilaian Menengah Rendah. SMK Bukit Payong, Kedah.

Unit Peperiksaan SM3. (2009). Laporan Penilaian Menengah Rendah. SMK Pokok Sena Satu, Kedah.


Article View

Abstract views : 747 times | PDF files viewed : 2438 times

Dimensions, PlumX, and Google Scholar Metrics

10.21070/picecrs.v1i1.637


Refbacks

  • There are currently no refbacks.




Copyright (c) 2017 Proceedings of the ICECRS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.