APLIKASI TEKNIK “STREMA” UNTUK MEMBANTU MURID MANGSA BULI BERFIKIR SECARA POSITIF

Mohd Hilmi Alias, Zuraida Ahmad

Abstract


Perlakuan buli secara verbal atau bahasa boleh memberi kesan terhadap mangsa buli sama ada kesan secara mental atau emosi. Kajian ini bertujuan membantu murid yang menjadi mangsa buli untuk berfikir secara positif menggunakan teknik “StreMa”. Kajian ini dilaksanakan terhadap empat orang peserta kajian yang merupakan murid perempuan tahun enam yang tertekan dan mempunyai pemikiran negatif akibat dibuli. Data kajian dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian separa berstruktur, temu bual berstruktur dan analisis dokumen Borang Refleksi Aktiviti. Dapatan kajian melalui analisis bertema menunjukkan terdapat tema ciri-ciri pemikiran positif terhadap semua peserta kajian. Kesimpulannya, teknik “StreMa” berdasarkan Cognitive Behavioral Therapy (CBT) yang digunakan sangat berkesan untuk membantu peserta kajian berfikir secara positif. Cadangan tindakan susulan turut dibincangkan dalam kajian ini.


Keywords


Buli; pemikiran positif; Cognitive Behavioral Therapy (CBT)

Full Text:

PDF

References


Amir Awang (1987). Teori dan amalan psikoterapi. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. Corey G. (2012). Theory & practise of group counseling eighth edition. United States : Brooks/Cole, Cengage Learning. Ellis, A. & Grieger, R. (1986). Handbook of rational emotive therapy. New York : Spangler. Hackney, W.P. & Cormier, L.S. (1995). The professional counselor. A process guide to helping. Needham Heights. MA : Allyn and Bacon. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar (2006). Kaunseling individu, apa dan bagaimana. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd. Azhar Abd. Hamid (2006). Panduan meningkatkan kecerdasan emosi. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Noran Fauziah Yaakub, Fatimah Haron & Ahmad Jazimin Jusoh (2009). Pencegahan buli di sekolah. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Nor Shafrin Ahmad dan Rohany Nasir (2013). Aplikasi praktik teori kaunseling & psikoterapi. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Sapora Sipon & Ruhaya Hussin (2012). Teori kaunseling dan psikoterapi. Bandar Baru Nilai : Universiti Sains Islam Malaysia.




DOI: http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.594

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




Copyright (c) 2017 Proceedings of the ICECRS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.