PENTAKSIRAN DALAM KELAS MELALUI PENDEKATAN OUTCOME BASED EDUCATION (OBE): SATU ANALISIS TERHADAP PENGETAHUAN DAN AMALAN PENSYARAH

Rusmawati Othman, Mohd Fadzil Mohd Salleh, Mohd. Isha Awang

Abstract


Pelaksanaan pendekatan OBE telah mula diperkenalkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) sejak tahun 2015. Kurikulum ditambah baik melalui dokumen Ringkasan Maklumat Kursus (RMK)  merangkumi aspek Objektif Pendidikan Program (PEO) dan Hasil Pembelajaran Program (PLO),pengiraan Jam Pembelajaran Pelajar (SLT),Pengetahuan Kandungan Pedagogi  Teknologi (TPCK) dan kemahiran insaniah. Namun, sejauh mana pensyarah mengetahui dan mempraktik pelaksanaan OBE melalui RMK masih menjadi tanda tanya. Kajian ini merupakan satu tinjauan awal untuk melihat sejauh mana pensyarah IPG Kampus A mengetahui dan mengamalkan pendekatan OBE bagi pentaksiran dalam kelas. Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif di mana kaedah yang dipilih ialah kaedah tinjauan menggunakan soal selidik berskala Likert 5 mata.  Soal selidik Matriks Jajaran Konstruktif diadaptasi dari Instrumen  Addington & Johnson (1999) dan ditadbir ke atas 85 orang pensyarah IPG Kampus A. Data dianalisis secara deskriptif iaitu peratus dan min dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) versi 20.0. Secara keseluruhan, data menunjukkan pengetahuan pensyarah  dalam membina dokumen Jadual Spesifikasi Ujian (JSU),entrancesurvey dan entry survey serta perancangan strategi dalam kelas dengan mengambil kira jajaran  konstruktif yang terkandung dalam RMK berada pada tahap tinggi (min=3.96). Apabila dipetakan pengetahuan dengan amalan pensyarah dalam setiap jajaran yang dikaji, data yang diperolehi menunjukkan pensyarah mengamalkan konsep OBE pada tahap sederhana (min= 3.45) . Dapatan ini memberi satu sumber maklumat untuk Unit Akademik merancang PLC yang tepat untuk pensyarah menambah baik amalan.


Keywords


pentaksiran dalam kelas, tahap pengetahuan, tahap amalan; pendekatan OBE; jajaran konstruktif

Full Text:

PDF

References


Addington, J. S. & Johnson, R. A. (1999). Incorporating the design and use of surveys with other engineering assessment methods under Criteria 2000 guidelines. The Proceedings of the 1999 American Society for Engineering Education Annual Conference and Exposition, June 20-23, Session 1332.

Amirruddin Abdul Kadir, Mohd Zuki Salleh, Mohammad Alinor Abdul Kadir & Khairul Anuar Mohd. Ali.(2009). Menilai Perhubungan Di Antara Hasil Pembelajaran Kursus (Hpk) Dan Hasil Pembelajaran Program (Hpp) Dari Persepsi Pelajar. Jurnal Teknologi, 51(E) Dis. 2009, 1–18.

Amiza Yaman, Noremy Che Azemi, Fadzlida Shamsudin. (2009). Kesediaan Pensyarah Dalam Perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran (Pnp) Menggunakan Pendekatan Outcome Based Education (OBE) Di Politeknik Port Dickson. Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan.

Aravind C.V., Rajparthiban & Gilbert Thio.(2008). Industrial Placements through Internet Based Co-operative system. Paper presented at the Fourth International Conference on University Learning and Teaching, Malaysia 20-21 Oct 2008.

Brookhart, S. M. (2007). Expending views about formative classroom assessment: Areview of the literature. In. McMillan J. H. (Eds.). Formative classroom assessment: Theory into practice, 43-62. New York: Teachers College Press.

Chappuis, S., & Chappuis J. (2008). The best value in formative assessment. Educational Leadership, 65(4): 14-19.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001 ). Modul pembelajaran secara konstruktivisme. Pusat Perkembangan Kurikulum

Killen, R. (2007). Outcome-based Education: Principles and Possibilities, Unpublished manuscript, University of Newcastle, Faculty of Education.

Nooraza Binti Othman dan Aminah Bibi Binti Bawamohiddin.(2012).KeberkesananPenggunaan Jadual Spesifikasi Pentaksiran (JSP) Di Dalam Kurikulum Politeknik Malaysia : Kajian Kes Di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dan Jabatan Matematik Sains DanKomputer (JMSK). Prosiding Seminar Transformasi Pendidikan teknikal.

Norhayati Zakaria,Mohd Zulfazli Raub Khan dan Mohd Aswad Othman.(2013). Tahap Implementasi Outcome Based Education Dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran di kalangan Pensyarah Politeknik.2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013).

Petar Bezinović,(2005). Quality of higher education and adjustment to employment requirements.International Center for Education of Journalists.

Yuzainee Md Yusoff,Norain Farhana Ahmad Fuaad, Ruhizan Bt. Mohammad

Yasin and Norngainy Mohd Tawil.(2014).Achievement of the Program

Outcomes in Outcomes Based Education Implementation - A Meta-Analysis. Proceedings of the 2014 International Conference on Industrial Engineering and Operations Management Bali, Indonesia, January 7 – 9.




DOI: http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.576

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




Copyright (c) 2017 Proceedings of the ICECRS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.