PELUASAN MAKNA PAYUNG DALAM KALANGAN PENGGUNA BAHASA MELAYUBERDASARKAN ANALISIS SEMANTIK KOGNITIF
Author (s)
(1) * Nor Fazilah Noor Din  

        Malaysia
(*) Corresponding Author
AbstractKajian ini bertujuan untuk meneliti fenomena peluasan makna kata yang terhasil kesan kekreatifan pengguna bahasa memanipulasi pengguna sesuatu kata. Dengan menjadikan teori semantik kognitif sebagai sandaran, kajian ini telah meneliti peluasan makna kata payung yang digunakan dalam pelbagai keadaan sehingga menyerlahkan makna baharu yang berpotensi untuk didokumentasikan dalam kamus umum seperti Kamus Dewan. Kaedah analisis yang digunakan ialah kaedah analisis teks yang telah diperbaharui dengan elemen linguistik terkomputasi (linguistik korpus). Melalui kaedah ini, pengkaji telah menganalisis penggunaan kata payungyang diperoleh dari pangkalan dataWebCorp (dengan jumlah sebanyak 437 kata) dan dari pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebanyak 117 045 kata. Berdasarkan status sumber, kata payungyang diperoleh dari pangkalan dataWebCorp diambil daripada pelbagai sumber dengan carian .my (lingkungan carian Malaysia), khususnya di laman sosial (carian google, Facebook, blogspot dll), manakala kata payungyang diperoleh dari pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka pula diambil daripada subkorpus akhbar, buku, majalah, teks sasteradan kertas kerja. Berdasarkan selisikan, makna sebenar payung ialah alat bertangkai yang biasanya dibuat daripada kain, kertas dan sebagainya yang dipasang pada kerangka boleh lipat untuk melindungi seseorang atau sesuatu daripada terkena hujan atau panas matahari dan juga digunakan sebagai alat kebesaran raja (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007).Namun kini, maknakata payung telah meluas kepada makna baharu yang jauh menyimpang dari makna asal. Berdasarkan dapatan kajian, kata “payung” telah mengalami peluasan makna kepada makna baharu iaitu (i) belanja, (ii) tunjuk, (iii) intai dan (iv) konsep pemasaran bersepadu. Melalui kajian ini, makna payung berdasarkan penggunaan semasa dapat difahami dengan lebih jelas dan berpada. |
Keywords
Full Text: PDF
Article View

10.21070/picecrs.v1i1.557 |
|
Refbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2017 Proceedings of the ICECRS

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.