PROSODI ‘PERKHIDMATAN’ AMANAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Syakirah Abdul Rahman

Abstract


Konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ telah diperkenalkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke-13 untuk diterapkan kepada lebih 1.4 juta penjawat awam di Malaysia sejak 20 Januari 2014.  Leksis ‘perkhidmatan’ acapkali disebut oleh KSN, sehingga menimbulkan suasana berkolokasi yang menunjukkan beliau ingin menyampaikan sesuatu yang sangat berguna kepada penjawat awam.  Kajian ucapan kebanyakannya berkait rapat dengan analisis wacana.Oleh itu, kajian ini cuba mengenal pasti keberadaan leksis kata kunci ‘perkhidmatan’ dalam ucapan Ketua Setiausaha Negara. Selain itu, kajian ini juga akan menginterpretasikan penggunaan kata kunci ‘perkhidmatan’ dalam ucapan KSN yang  lebih dominan berfungsi sebagai ejen penerapan enam prinsip konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’kepada penjawat awam.  Berteraskan data yang diperoleh daripada 40 teks ucapan KSN, terdapat 640 bilangan konkordans leksis kata kunci ‘perkhidmatan’.Data jenis kata yang berkolokasi dengan leksis kata kunci pula sebanyak 1237 jenis dan  6388 jumlah bilangan keberlakuan kata. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisianAntConc. Seterusnya, pemahaman fungsi kata kunci ‘perkhidmatan’ dianalisis berpandukan teori prosodi semantik. Hasil analisis menunjukkan dalam petikan ucapan KSN, tujuan kata ‘perkhidmatan’diselitkan adalah untukmemberi panduan kepada penjawat awam agar melaksanakan tugas dengan penuh berdedikasi berlandaskan konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’.  Sehubungan itu, keberadaan kata kunci ‘perkhidmatan’ yang berkolokasi dengan kata-kata lain telah membantu audien mengetahui amanat yang disampaikan oleh KSN ketika beliau menyampaikan setiap ucapannya.

 


Keywords


Perkhidmatan; ucapan; KSN; prinsip; penjawat awam

Full Text:

PDF

References


Ali bin Hamsa. Ucapan ketua setiausaha negara. Capaian pada 10 November 2015, dari http://www.pmo.gov.my/ksn/home.php?frontpage/speech

Anthony.L. (2016). Sofware antconc. Capaian pada 10 April 2016 dari http://www.laurenceanthony.net/software.html.

F. R. Palmer (1989). Semantik. (Abdullah Hassan, Pentj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Karya asal diterbitkan tahun 1976).

Hajar Abdul Rahim. (2005). Impak konotasi budaya terhadap leksis: satu kajian semantik berasaskan korpus, ke atas perkataan perempuan dan wanita. Jurnal Bahasa, Volume 5, No. 1.

Hishamudin Isam & Norsimah Mat Awal. (2012). Nilai setia dari perspektif prosodi semantik: analisis berbantu data korpus. GEMA Online™ Jurnal Of Language Studies. Vol. 12 (2).

Hishamudin Isam, Faizah Ahmad dan Mashetoh Abd. Mutalib. (2014). Wajaran penggunaan data korpus dalam penulisan ilmiah: Dimensi baharu sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM. Vol. 4, Bil. 2 (Nov. 2014): 67-77.

Idris Aman. (2011). Mengurus wacana dan kepimpinan: analisis ucapan sulung Perdana Menteri Malaysia Keenam. Jurnal Bahasa, Volume 11, No. 2.

Indirawati Zahid. (2005). Capahan persepsi: ungkapan yang menandai emosi dalam ujaran. Jurnal Pengajian Melayu (Journal of Malay Studies), Volume 15.

lndirawati Zahid. (2007). Aspek prosodi dalam berbahasa penutur bukan Melayu. Jurnal Bahasa, Volume 7, No. 1.

Indirawati Zahid. (2010). Prosodi dalam syair Melayu: fungsi dan praktis. Jurnal Bahasa, Volume 10, No. 2.

John Lyons (1994). Bahasa dan linguistik: suatu pengenalan. (Ramli Salleh, Toh Kim Hoi, Pentj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Karya asal diterbitkan tahun 1981).

Mashetoh Abd Mutalib, Hishamudin Isam, Rohaidah Haron &Mohd Izani

Mohd Zain. (2013). Menukangi aspek leksikal dan identiti dalam wacana Khaled Nordin berdasarkan perspektif analisis wacana kritis wacana tiga dimensi. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, Volume 4.

Nor Azuwan Yaakob & Norazlina Mohd Kiram. (2010). Kiasan dalam retorik penulisan kewartawanan: memartabatkan bangsa dan tamadun Melayu. Jurnal Linguistik, Volume 11, 2010.

Nordin Razak. (2010). Semantik. Kelantan: Pustaka Sukses.

Noresah Baharom. (Ed.). (2005). Kamus Dewan (edisi ke-5). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norida Berhan; Zulkifley Hamid. (2012). Retorik gaya dalam membentuk karakter bangsa. Jurnal Linguistik, Volume 15, Jun 2012.

Norwati Mohd Zain dan Hishamudin Isam. (2013). Siapa ‘Aku’? Analisis blog wanita dan pengkid berasaskan pendekatan prosodi semantic. Jurnal Linguistik, Volume 17, No. 2.

Radiman Hj. Junaidi & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2013). Wacana kepimpinan dalam ucapan Abdullah Ahmad Badawi. Jurnal Bahasa, Volume 13, No. 1.

Rahim Aman; Norfazila Ab Hamid. (2015). Strategi wacana komunikasi teks Tengku Razaleigh Hamzah: satu analisis kebahasaan. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication , Volume 31, No. 1.

Robert V. Williams. (2010). Hans Peter Luhn and Herbert M. Ohlman: Their rolesin the origins of keyword-in-context/permutation automatic indexing. Journal OfThe American Society For Information Science AndTechnology, 61(4):835–849.

Sabrina Tiun, Rosni Abdullah, Tang, Enya Kong dan Siti Khaotijah Muhammad. (2013).Korpus pertuturan sintaksis-prosodi Bahasa Melayu. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, Volume 2, No. 1.

Sharifah Raihan Syed Jaafar. (2015). Pembentukan kependekan kata nama Melayu. Jurnal Bahasa, Volume 15, No. 2,

Stewart, Dominic. (2010). Semantic prosody: a critical evaluation. London: Routledge Taylor & Francis Group.

Tan, Hai Ly dan Chae, Kwan Jung. (2015). A corpus investigation: the similarities and differences of cute, pretty and beautiful. 3L: Language, Linguistics, Literature® The Southeast Asian Journal of English Language Studies, Volume 21, No. 3.

Wetzel. L. (2009). Types and tokens: on abstract objects. London: The MIT Press.

Wong Shia Ho. (2014). Makna penutur dalam ayat teks ucapan tunku abdul rahman: Satu analisis teori relevan. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, Volume 5.

Wong Shia Ho. (2014). Penggunaan simbol dalam teks ucapan Tunku Abdul Rahman: analisis teori relevans. Jurnal Bahasa Volume 14, No. 1.




DOI: http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.556

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




Copyright (c) 2017 Proceedings of the ICECRS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.