PUSAT ISLAM POLIMAS: PENGLIBATAN PROGRAM DAKWAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN AMALAN IBADAT SOLAT DAN PENGAMALAN AKHLAK PELAJAR

Mohd Farid Hafidz Ahmad, Mohamad Khairi Bin Haji Othman

Abstract


Banyak pihak yang membicarakan tentang masalah keruntuhan amalan agama dan kerosakan akhlak pelajar. Permasalahan ini sangat berkait rapat dengan usaha dakwah yang dilakukan bagi mengembalikan remaja kepada syariat dan akhlak Islamiah. Program dakwah perlu dilaksanakan secara aktif di institusi pendidikan bagi mencapai matlamat tersebut. Kajian ini bertujuan meninjau tentang tahap penglibatan program dakwah dalam kalangan pelajar anjuran Pusat Islam Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS). Dalam masa yang sama kajian ini mencari adakah wujud hubungan antara penglibatan program dakwah dengan amalan ibadat solat dan juga pengamalan akhlak pelajar. Populasi kajian seramai 5192 orang dan seramai 361 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian. Dua aspek utama yang menjadi objektif kajian iaitu tahap penglibatan pelajar ke dalam program dakwah tersebut dan hubungan dengan amalan ibadat solat dan pengamalan akhlak pelajar. Kaedah pengumpulan data dilakukan adalah melalui kaedah soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian ini menunjukkan penglibatan program dakwah dikalangan pelajar berada pada tahap yang sederhana tinggi. Seterusnya analisis kolerasi Pearson menunjukkan wujud hubungan yang positif antara penglibatan pelajar dalam program dakwah Pusat Islam POLIMAS dengan amalan ibadat solat pelajar dan pengamalan akhlak pelajar. Kajian ini memberi implikasi bahawa penglibatan dalam program dakwah dapat meningkatkan amalan ibadat solat dan akhlak pelajar.


Keywords


program dakwah, amalan solat; akhlak; pelajar; politeknik dan polimas

Full Text:

PDF

References


Al-Qur’an al-Karim.

Abdul Karim Zaidan. (1976). Usul al-Da’wah. Baghdad: Dar al-Bayan.

Ahmad Fazullah Mohd Zainal Abidin. (2007). Modal Insan: Konsep Aplikasi & Isu-Isu Kontemporari Dalam Cabaran Pemerkasaan Tamadun Insan. Kuantan: Universiti Malaysia Pahang.

Ahmad Sahlan Abdul Hatim & Rosmawati Mohamad Basit. (2015). Hubungan Perlaksanaan Aktiviti Dakwah Melalui Kesenian Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar Sekolah. Jurnal Al-Hikmah. 7(1), 133-149.

Ameer Azeezy Tuan Abdullah. (2012). Integriti Pendakwah Kontemporari: Implikasi Terhadap Masyarakat. Jurnal Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bil. 5(7), 143-162.

Hinkle DE, Wiersma W, Jurs SG. (1998). Applied Statistics for the Behavioral Sciences, 4th ed. Boston: Houghton Mifflin Company.

Kamus Dewan. (2007). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. (1977). Sahsiah Program Kecemerlangan SMK. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidkan Islam Dan Moral.

Krejcie, Robert V., Morgan, Daryle W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational And Psycological Measurement, 30, 607-610.

Mohamad Khairi Hj Othman, Asmawati Suhid, Abdullah Mat Rashid & Samsilah Roslan. (2012). Penghayatan Nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Masa Kini. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan

Pendidikan IPTA 2012, 7-9 Oktober 2012, Johor Bharu, 2012.

Mohd. Jirran Mohd Jeperi. (2015). Pemahaman Dan Amalan Ibadah Solat Fardhu Serta Hubungannya Dengan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Kuala Terengganu. (Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Utara Malaysia).

Mohd. Najib Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru: Fakulti Pendidikan Universiti Teknogi Malaysia.

Mohd Sabri Mamat, Syed Najmuddin Syed Hassan & Abd Halim Tamuri. (2009). Amalan Ibadat Harian dan Sumbangannya kepada Kecerdasan Emosi Remaja. Journal of Islamic and Arabic Education, 1(1), 29-40.

Mohd Zaki Hamid. (2009). Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor: Kajian Tentang Perlaksanaan Program Dakwah Dan Keberkesanannya. (Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumur).

Mustaffa al-Khin, Mustafaa al-Bugha, & Ali asy-Syarbaji. (2011). Al-Fiqh al-Minhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafei. Damsyiq: Dar al-Qalam.

Nunnally, J. C. (1978). Psychometric Theory. New York, NY: McGraw-Hill Book Company.

Othman Mohamed. (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Panduan Penulisan Ilmiah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. (2012).Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Sabitha Marican. (2009). Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik.

Batu Caves, Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.

Sharifah Nur Abu. (2012). Pengamalan Solat Fardhu Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Kertas kerja yang dibentangkan dalam International Seminar on Research in Islamic Studies ll (ISRIS ll), 5-6 Februari, Kuala Lumpur.

Shukri Ahmad, Yahya Don, Wan Abdul Rahman Khudri Wan Abdullah, Madiha Mohammed Ibrahim & Shahril Fazli Mat Hussain. (2014). Penghayatan Solat Dan Pengimarahan Masjid: Kajian Dalam Kalangan Pelajar. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014, 9-10 Jun, Kota Kinabalu, Sabah.

Sulaiman Masri. (2002). Panduan Belajar di Universiti. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Syarul Azman Shaharuddin & Marlon Pontino Guleng @Muhammad Yusuf

Marlon Abdullah. (2014). Keberkesanan Metodologi Dakwah Jemaah Tabligh Di Masjid Jame’ Bandar Baru, Sri Petaling. Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014), 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA, 2014.

Syahrul Faizaz Abdullah, Azizah Othman & Solahuddin Ismail. (2006). Kefahaman Tentang Konsep Asas Dakwah Islamiah dan Metodologi Dakwah Islamiah di Kalangan Pelajar-pelajar Institut Agama Islam Kedah (INSANIAH). National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia, 2006.

Wan Hussain Azmi. (1984). Ilmu Dakwah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zulfan Nasution. (2001). Menangani Masalah Remaja Islam. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher.




DOI: http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.537

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




Copyright (c) 2017 Proceedings of the ICECRS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.