TAHAP IKLIM SEKOLAH, TAHAP KOMITMEN GURU SERTA HUBUNGAN DI ANTARA IKLIM SEKOLAH DENGAN KOMITMEN GURU SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH MACHANG, KELANTAN

Suhaili binti Mohd Yusoff

Abstract


Kertas kerja ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti tahap iklim sekolah, tahap komitmen guru, tahap komitmen guru berdasarkan pengalaman mengajar dan jantina guru serta hubungan di antara iklim sekolah dengan komitmen guru bagi guru sekolah-sekolah menengah Daerah Machang, Kelantan. Disamping itu, kertas kerja ini juga mengkaji dimensi iklim sekolah yang sangat kuat mempengaruhi tahap komitmen guru. Dimensi iklim sekolah adalah merangkumi dimensi bekerjasama, dimensi membuat keputusan, dimensi inovasi pengajaran, dimensi hubungan dengan murid dan dimensi sumber-sumber sekolah. Seramai 248 orang guru sekolah menengah terlibat sebagai sampel kajian berdasarkan jumlah populasi iaitu seramai 678 orang guru. Sebanyak 7 buah sekolah diambil sebagai sampel kajian dan sampel kajian dipilih secara rawak. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20.0 untuk analisis deskriptif. Kajian ini mendapati bahawa terdapat signifikan dan positif serta menunjukkan hubungan pada tahap yang sederhana di antara iklim sekolah dengan komitmen guru (r=0.506, p<0.01). Korelasi Pearson digunakan sebagai statistik inferensi pembolehubah bebas iaitu iklim sekolah dengan pembolehubah bersandar iaitu komitmen guru. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa dimensi iklim sekolah yang mempengaruhi komitmen guru seperti kerjasama (β=0.242, t=03.873), membuat keputusan (β=0.331, t=5.036) and inovasi pengajaran (β=0.300,t=4.295). Walau bagaimanapun, dimensi membuat keputusan adalah dimensi yang paling berpengaruh terhadap komitmen guru. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bahawa sekiranya pihak pengurusan sekolah berhajat untuk meningkatkan komitmen guru, penglibatan guru dalam proses membuat keputusan perlulah di pertingkatkan.


Keywords


Iklim sekolah; Komitmen guru dan sekolah menengah

Full Text:

PDF

References


Abdul Manaf Musa. (1998).Faktor- faktor Yang Mempengaruhi Komitmen Guru Sekolah Rendah Terhadap Organisasi. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Universiti Malaysia Sarawak.

Alimuddin Mohd Dom. (2008). Persidangan Kebangsaan Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan,Ucaptama Seminar PIPP.Kementerian Malaysia: Institut Perguruan Temenggung Ibrahim.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Edisi Pertama. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia).

Clark, R. .E. (1994). “Media will never influence learning”, Educational Technology Research and Development, 42, 21-29.

Collie, R .J., Shapka, J.D.,& Perry, N. E. (2011). Predicting teacher commitment: The impact of school climate and social–emotional learning. Journal of Psychology in the Schools. 48 (10):1034–1048.

Crosswell, L. J. (2006).Understanding teacher commitment in times of change. Faculty of Education Queensland University of Technology.

Fisher, D.L. & Fraser, B. J. (1990).School Climate : Assessing and improving school environment ( Set: Research Information for Teachers No.2, Item 4) Melbourne Australia. Australian Council For Educational Research.

Ghaith, G. (2003). The Relationship between forms of instruction, achievement and perception of classroom climate. Educational Research. 45, 83-93.

Goktruk, S., & Muller, R. O. (2010). Multidimensionaly of teacher participation in school decision making. Journal of Applied Sciences, 10 (14), 1421-1427.

Hair, J. F., Money, A. H., Samouel, P.,& Page, M. (2007). Research methods for business. John Wiley & Sons, Ltd. West Sussex, England.

Harpin, A.W.& Croft, D.B.(1963). The Organizational Climate of School. Chicago, Midwest Administration Centre University of Chicago.

Huberman, M. (1993). The Lives of Teachers (J. Neufeld, Trans.). London: Cassell VilliersHouse.

Ibrahim Mamat .(1993). Kepimpinan Sekolah: Teori UntukPraktis. Kuala Lumpur. Kumpulan budiman Sdn . Bhd.

Johnson, B., Steven, J.J. & Zvoch, K. (2007).Teacher’s perception of School Climate : A Validity Study of Scores From the Revised School Level Environment Questionnaire. Educational and Psychological Measurement. 67. 833-850.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006–2010.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan awal ringkasan eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kerr, D., Ireland, E., Lopes, J., Craigh, R., & Clever, E. (2004). Citizenship education longitudinal study: second annual report:First longitudinal study. National Foundation for Educational Research.

Mahdzir Khalid. (2016, 1 Ogos). Sasar Pendidikan Terbaik Dunia. Harian Metro.

Maisura Mohd Yunus. (2007). Iklim Organisasi dan Hubungannya dengan Gelagat Kewarganegaraan Organisasi di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Pontian Johor. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Ramzan Awang. (2014). Pengaruh amalan kepimpinan penolong kanan pentadbiran dan iklim sekolah sihat ke atas komitmen guru di sekolah menengah kebangsaan cluster cemerlang. Doktor Falsafah Universiti Utara Malaysia.

Najeemah Mohd Yusof. (2012).School climate and Teachers commitment:A Case Study in Penang Malaysia. University Sains Malaysia.

Nias, J. (1981). “Commitment” and motivation in primary school teachers. Educational Review, 33(3), 181-190.

Ong Chong Sooi.(1995). "Komitmen dan prestasi organisasi: Cabarankepada pengurus pendidikan", Masalah Pendidikan, 19.

Sahban Muksan. (1989). Hubungan guru dengan pengetua dalam proses

pembuatan keputusan. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan.Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Sainul Hermawan. (2002).Komitmen dan Pengaruhnya Terhadap Kinerja Aparatur Pada Secretariat Daerah Kabupaten Kendari (Thesis) Program Pasca Sarjana Magister Manajemen Universitas Gajah Mada.

Saodah Abd. Rahman. (2016, 5 Ogos). Guru Sebagai Pengasuh, Pendidik. Utusan Malaysia.

Sapora Sipon. (2007, 27 Julai). Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi. Utusan Malaysia.

Sauro, J. (2010).Should you use 5 or 7 point scales?.Dipetik dari http://www.measuringu.com/blog/scale-points.php, dimuat turun pada 25 Julai 2016.

Smith, L. D. (2009). School climate and teacher commitment. (Doctoral Dissertation). University of Alabama.

Smylie, M. A., & Denny, J. W. (1990). Teacher leadership: Tensions and ambiguities inorganizational perspective. Educational Administration Quarterly, 26(3), 235-259.

Thien, Nordin, T. Ramayah. (2014). Validating teacher Commitment Scale Using a Malaysian Sample. April- June . 1-9 SAGE.

Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri iklim berkesan: implikasinya terhadap motivasi pembelajaran. Jurnal Pendidikan ( Keluaran Khas ). Fakulti Pendidikan. UKM, Bangi.21. 3-19.

Zabidi Abdul Razak. Kepimpinan berasaskan permuafakatan ke arah peningkatan budaya mengkaji di kalangan guru. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. 15-16 September 2005. Sarawak: Institut Perguruan Batu Lintang.




DOI: http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.535

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




Copyright (c) 2017 Proceedings of the ICECRS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.