KORPUS KE BILIK DARJAH: TATACARA PENGENDALIAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TATABAHASA BERBANTU KOMPUTER

Hishamudin Isam, Mashetoh Abd. Mutalib, Faizah Ahmad

Abstract


Penguasaan tatabahasa yang baik dalam kemahiran berbahasa di peringkat sekolah akan membolehkan pelajar mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.  Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (1981) memberi penekanan yang berat dalam kurikulum sekolah (rendah dan menengah) supaya pada akhir persekolahan nanti, pelajar dapat menggunakan bahasa Melayu sejajar dengan peringkat perkembangan umur, dan memupuk daya pengembangan berbahasa bagi kepentingan pendidikan tinggi dan pekerjaan.  Penggunaan teknik yang tepat, menarik dan terkini (bersifat kontemporari) sangat-sangat dituntut dalam proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasa sesuatu bahasa kerana melalui teknik yang tepat inilah, pelajar-pelajar khususnya dapat memanfaatkan tempoh masa yang terhad untuk memahami aspek-aspek penting dalam tatabahasa.  Justeru, kertas kerja ini bertujuan memperkenalkan tatacara pengendalian pengajaran dan pembelajaran tatabahasa berbantu komputer. Jika selama ini pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, khususnya berkenaan sistem tatabahasa sangat terikat kepada penerangan hukum (betul atau salah) dan rumus (peraturan) dengan berbantukan buku tatabahasa dan kamus, melalui teknik ini, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan perisian komputer berasaskan program daftar kata yang dapat membantu pelajar-pelajar memahami sistem tatabahasa dengan lebih komprehensif, efektif dan menyeronokkan.  Kajian ini akan menumpu kepada penggunaan perisian program daftar kata yang boleh diperoleh secara percuma dalam enjin carian google iaitu perisian antconc.  Perisian ini akan digunakan untuk menganalisis data bahasa berasaskan korpus yang juga diperoleh secara percuma dari Sistem Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka.Kajian ini diharap dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan guru dalam mengaplikasikan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (Computer-Based Instruction) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, seterusnya memberi kesan yang positif kepada perkembangan pembelajaran pelajar.


Keywords


tatabahasa; pengajaran dan pembelajaran; korpus; antconc

Full Text:

PDF

References


Abdulhamid Auwal. (2013). Effects of teaching method on retention of Agricultural Science knowledge in senior secondary schools of Bauchi Local Government Area, Nigeria. International Journal of Science and Technology Educational Research, Vol. 4 (4), 63-69.

Adekoya, Y. M., & Olatoye, R. A. (2011). Effect of demonstration, peer-tutoring, and lecture teaching strategies on senior secondary school students’ achievement in an aspect of agricultural science. The Pacific Journal of Science and Technology, vol. 12 (1), 320 – 332.

Abdul Rashid Daing Melebek. (2010). Penguasaan tatabahasa guru mata pelajaran bahasa Melayu tingkatan enam. Jurnal Linguistik, 11, 1-17.

Abdul Wahab Ismail Ghani, Kamaliah Hj. Siarap, & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan komputer dalam pengajaran-pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1-2, 203-225.

Asmah Haji Omar. (2009). Ucapan Profesor Emeritus Datuk Dr Asmah Haji Omar dalam Majlis Segunung Budi. Majlis Pencaran Buku Segunung Budi Selautan Kenangan. Anjuran Akademi Pengajian Melayu, 29 Oktober 2009, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Awang Sariyan. (2009). Bagaimanakah tatabahasa dapat diajar dengan berkesan? Kertas kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Pengajaran Tatabahasa, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 19 Ogos 2009.

Azlina Mohd. Kosnin, & Lok Yian Lin. (2010). Keberkesanan perisian Geometer’s Sketchpad untuk tajum pembinaan geometri dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Dari http://eprints.utm.my/10239/2/Lok_Yian_Lin.pdf. Retrieved February 14, 2012.

Criswell, J. R. (1989). Rethinking microcomputer instruction as part of teacher education reform. Educational technology, 23 (11), 40-43.

Ertmer, P. A. (1999). Addressing first and second order barriers to change: Strategies for technology integration. Educational Technology Rresearch and Development, 47 (4), 47-61.

Gagne, R. M., Briggs, L. J., & Wager, W. W. (1992). Principles of instructional design (4th ed.). Fort Worth TX.: Harcourt Brace Jovanovich.

Hackathorna, J., Solomon, E. D., Blankmeyer, K. L., Tennial, R. E., &

Garczynski, A. M. (2011). Learning by doing: An empirical study of active teaching techniques. The Journal of Effective Teaching, Vol. 11 (2), 2011, 40-54.

Hokanson, B., & Hooper, S. (2004). Intergrating technology in classrooms: We have met the enemy and he is us. Paper presented at the annual convention of the Association for Educational Communications and Technology, Chicago, IL, October 19-23 2004.

Iline, C. S. (2013). Impacts of the demonstration method in the teaching and learning of hearing impaired children. Journal Of Humanities And Social Science (IOSR-JHSS), Vol. 12, (1), 48-54.

Imran Ho Abdullah. (2000). Peluasan semantik kata sifat rasa: Manis, masam, pahit, masin dan tawar. Jurnal Dewan Bahasa, 44 (5), 563-572.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1981). Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: KPM dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laurence Anthony’s Website. (2000). A freeware concordance program for Windows, Macintosh OS X, and Linux. From http://www.antlab.sci.waseda.ac.jp/software.html. Retrieved February 13, 2012.

Louw, B. (1993). Irony in the text or insincerity in the writer? The diagnostic potential of semantic prosodies. Dlm. M. Baker, G. Francis & E. Tognini Bonelli (Eds.), Text and technology: in honour of John Sinclair, hlm. 157-175. Amsterdam: John Benjamins Publishing Co.

Moersch, C. (1995). Levels of technology implementation (LOTI): A framework for measuring classroom technology use. Journal of Learning and Leading with Technology, 23 (3), 40-42.

Norhidayu Mokhtar. (2004). Membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (ABM) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran plasma, Biologi tingkatan empat. Tesis Ijazah Sarjana Muda Biologi (dengan Pendidikan), Universiti Teknologi Malaysia.

Norsimah Mat Awal. (2003). Analisis struktur dalaman dan peluasan makna kata adjektif dari perspektif semantik kognitif: Terjemahan karya Shahnon Ahmad. Tesis Doktor Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. (2012). Analisis kata bahasa Melayu. From http://prpm.dbp.gov.my/ . Retrieved February 13, 2012

Rosenberg, M. J. (2000). E-Learning: Strategies for delivering knowledge in the digital age. New York: McGraw Hill.

Rusmadi Baharudin. (2003). Pengendalian polisemi kata kerja unggulan di dalam kamus bahasa Melayu: Satu pendekatan Linguistik Kognitif. Tesis Sarjana. Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sinclair, J. (1996). The search for units of meaning. Textus (9), 75 – 106.

Stallard, C. (1998). Factors that influence the integration of technology into the secondary curriculum. From http://ed.info.apple.com/education/techlearn/adapt/adaptfactors.html.Retrieved February 14, 2012

Stubbs, M. (1995). Corpus evidence for norms of lexical collocation. Dlm G. Cook & B. Seidlhofer (Eds.), Principle & practice in applied linguistics, hlm. 245-256. Oxford: Oxford University Press.

Tendahl, M. (2006). A hybrid theory of metaphor: relevance theory and cognitive linguistics. PhD Dissertation. University of Dortmund, Germany.

Yahya Othman, & Roselan Baki. (2007). Aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa: Penguasaan guru dan kekangan dalam pelaksanaan.1st International Malaysian Educational Technology Convention. Anjuran Persatuan Teknologi Pendidian Malaysia, November 2-5, 2007, Johor Bahru, Johor.

Yunisrina Qismullah Yusuf. (2010). A corpus-based linguistics analysis on spoken corpus: Semantic prosodies on ’robot’. Journal of Language and Linguistic Studies, 6 (1), 49 – 64

Wetzel, L. (2009). Types and tokens: On abstract objects. Cambridge: The MIT Press.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2010). Pemantapan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah menengah. Jurnal Linguistik, 10, 62-82.




DOI: http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.533

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




Copyright (c) 2017 Proceedings of the ICECRS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.