UNGKAPAN HORMAT YANG LEBIH HORMAT : ANALISIS PENULISAN BERFORMAT
Author (s)
(1) * Melor Fauzita Md. Yusoff  

        Malaysia
(2)  Nor Hasimah Ismail   (Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia)  
        Malaysia
(*) Corresponding Author
AbstractUngkapan hormat dilahirkan untuk menyatakan rasa hormat seseorang sewaktu berhubung dengan orang lain. Penggunaan ungkapan hormat bukan bermaksud menghina diri, tetapi menunjukkan sikap yang tidak sombong dan angkuh. Penggunaan ungkapan ini juga mampu memaparkan sifat sopan santun yang dicirikan oleh budi bahasa, tertib, beradat dan bertatasusila yang akan membentuk akhlak terpuji yang berwatak mesra dan disenangi oleh semua anggota masyarakat. Dapatan mendapati, masih terdapat penulis yang mengabaikan penggunaan ungkapan hormat hingga menimbulkan kesan negatif kepada kelangsungan berkomunikasi. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan meneliti amalan penulisan kesantunan berbahasa golongan pengurus berdasarkan kata hormat yang digunakan. Pendekatan kajian ialah dengan menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap dokumen-dokumen berformat. Ungkapan hormat akan dianalisis berdasarkan Asmah (2007). |
Keywords
Full Text: PDF
Article View

10.21070/picecrs.v1i1.528 |
|
Refbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2017 Proceedings of the ICECRS

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.