PENGUKUHAN AQIDAH AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH (ASWJ) DALAM PENDIDIKAN ISLAM KE ARAH MENANGANI GERAKAN SYIAH DI MALAYSIA

Mardzelah Makhsin, Nurulwahida Hj Azid@Aziz, Mohd Aderi Che Noh, Mohamad Fadhli Ilias

Abstract


Polemik antara Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ) dengan golongan Syiah menjadi suatu isu kajian ini disebabkan perselisihan faham tentang amalan dalam mazhab boleh menyebabkan persengketaan yang menjadi punca perpecahan yang akan mengheret kepada permusuhan sehingga menimbulkan kucar kacir kepada negara. Justeru pengukuhan mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ) dalam masyarakat Islam di Malaysia amat penting dalam usaha menangani penyebaran Syiah yang membawa kepada konflik dan persengketaan. Justeru kajian pembentukan Model Penghayatan Pendidikan Islam dan Strategi Pengukuhan Akidah diketengahkan sebagai usaha penyatuan umat Islam menerusi kefahaman dan pegangan kepada murid-murid tentang amalan yang berasaskan kepada mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ). Kajian ini melibatkan 700 orang responden kajian yang terdiri daripada Pelajar Menegah Atas di tujuh buah negeri iaitu Melaka, Selangor, Negeri Sembilan Wilayah Persekutuan, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu. Hasil kajian menunjukkan Pendidikan Akidah Dalam Pendidikan di Malaysia perrlu diberi penekanan sejak dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi kerana golongan ini mudah terpengaruh dengan ajaran sesat. Hasil kajian ini penting dalam memastikan perpaduan umat Islam di Malaysia berasaskan kepada suatu fahaman agar tidak wujud pertikaian yang boleh mendorong kepada permusuhan yang mencetuskan peperangan dalam kalangan umat Islam sendiri seperti yang berlaku di Pakistan dan Iran.


Keywords


Pengukuhan aqidah; Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah; Gerakan Syiah

Full Text:

PDF

References


Al-Quran

Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, Malaysia.

Ab.Halim Tamuri & Yusoff, N. M. (2010).Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia.

Ab. Halim Tamuri dan Mohd Yusoff Zulkifly. (2007). A Study on Malaysian Secondary Students’ Perceptions on the Teaching of Akhlaq. Journal Muslim Education Quarterly, 23(3&4):16-32.

Ahmad Bin Jusoh (1997). Kualiti buku teks Pendidikan Islam KBSM: Analisis kandungan. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hamedi M. Adnan. (2007). Mencari ciri-ciri buku teks terbaik. Prosiding Kolokium Buku Teks: Aspek Teknikal Penerbitan. Bahagian Buku Teks. Kementerian Pelajaran Malaysia

Harian Metro. (2011, Januari 5). Nasib Interlok Diketahui Tidak Lama Lagi: Wee.

Ismail Abas. 2001. Kesan kaedah penyelesaian masalah pengajaran akidah terhadap peningkatan kemahiran berfikir kritis di kalangan pelajar tingkatan empat. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Mohammad Rahim Mohammed Abdul Rahman. (2000). Persepsi guru terhadap buku teks Pendidikan Islam KBSR. Disertasi Sarjana Pengurusan Pendidikan, Universiti Malaya

Mohd Fauzi Hamat & Mohd Sobri Ellias. (2011). Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyyah dan Ahli Sunnah Wal Jemaah. Sumber R&D. Jabatan Agama Islam Selangor.

Mohd. Nishat Faisal. (2010, Jun). Analysing the barriers to Corporate Social Responsibility in supply chains: An Interpretive Structural Modelling approach. International Journal of Logistics: Research And Applications, 13(3), 179-195

New Straits Times. (2006, Ogos 30). MP: History Books Do Not Reflect Nations Past.

Saipuddin Salleh. 2003. Talfiq dalam perkara ibadat di kalangan masyarakat Islam di Malaysia: satu penilaian hukum. Disertasi. Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Slavin, R. (1987). A theory of school and classroom organization. Eduational Psychologist, 22, 89-108.

Slavin, R. (1994). A theory of school and classroom organization. Dalam R. Slavin, (Ed.), School and Classrooom Organization. Hillsdale, NJ:Erlbaun.

Sinar Harian (2013, Julai 30) Fahaman Syiah dalam Buku Teks.

The Sun. (2008, January 17). Gender segretation taught in textbook.

Utusan Malaysia. (2006, Ogos 31). Pemuda Gerakan Pertikai Buku Teks Sejarah

Utusan Malaysia. (2007, November 13). Kementerian Pelajaran Pertahan Kualiti Buku Teks.




DOI: http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.499

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




Copyright (c) 2017 Proceedings of the ICECRS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.